awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugas rumah tangga bukan pada bahu isteri sahaja - Nancy

Pia Ernadya
Pia Ernadya
09/11/2025
05:15 MYT
Tugas rumah tangga bukan pada bahu isteri sahaja - Nancy
Menurut Nancy,tanggungjawab dalam rumah tangga sebaliknya harus dikongsi bersama-sama antara suami dan isteri. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Persepsi lama yang meletakkan tanggungjawab mengurus rumah tangga di bahu isteri semata-mata perlu diubah, tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

Ringkasan AI
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, menegaskan perlunya perkongsian tanggungjawab dalam mengurus rumah tangga antara suami dan isteri untuk mengubah persepsi lama di masyarakat.
  • Pakej KASIH MADANI 2.0 yang diperkenalkan merangkumi Modul Romantika Cinta dan Modul Kebapaan, bertujuan memperkukuh peranan bapa sebagai pemimpin keluarga serta memastikan tanggungjawab dalam membina keluarga harmoni dikongsi secara seimbang.
  • Nancy menekankan pentingnya anak-anak mempelajari tanggungjawab ibu dan bapa secara bersama, untuk membentuk model keluarga yang seimbang dan memberi kesan positif kepada generasi akan datang.

Ujar Nancy, sebaliknya, tanggungjawab dalam rumah tangga harus dikongsi bersama-sama oleh suami dan isteri.
“Bayangkan anda semua adalah seorang isteri. Jika suami hanya mengharapkan anda untuk melakukan semua pekerjaan penting, itu tidak betul.
"Ini harus menjadi tanggungjawab bersama. Ia sesuatu yang perlu dinormalisasi dalam kalangan keluarga kita bahawa saya (isteri) bukan satu-satunya yang harus bekerja (urus rumah tangga). I also earn money. I earn my living here. I also help the family. So therefore, kita sama-sama menjalankan tanggungjawab itu,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di Putrajaya, pada Ahad.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Pakej KASIH MADANI 2.0, yang merangkumi dua modul utama iaitu Modul Romantika Cinta dan Modul Kebapaan, khusus untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga serta para bapa.
Menurut Nancy, melalui Modul Kebapaan, peranan bapa sebagai peneraju kepimpinan keluarga diharap dapat diperkukuh bagi memastikan tanggungjawab membina institusi keluarga yang harmoni dapat dikongsi secara seimbang antara suami dan isteri.
“Bukan kita nak swap the role, no. We just want to make sure anak-anak kita belajar daripada role model mereka (iaitu) ibu bapa.
"Mereka berkongsi tanggungjawab ibu dan bapa, dan sebagai anak, kalau mereka kahwin nanti, apa yang akan mereka lakukan kepada anak mereka. Jadi ini seharusnya berterusan dan kami harap dapat mencapai itu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Pakej KASIH MADANI 2 0
#wanita urus rumah tangga
#peranan suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan