awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM terima warikah pelantikan

Bernama
Bernama
15/01/2025
12:00 MYT
Tujuh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM terima warikah pelantikan
Semua individu berkenaan dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai tujuh ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima watikah lantikan hari ini.
SPRM dalam kenyataannya memaklumkan watikah pelantikan sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) bagi tempoh dua tahun bermula 1 Dis 2024 sehingga 30 Nov 2026 disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Kenyataan itu memaklumkan semua individu berkenaan dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiga daripada individu terlibat merupakan lantikan semula manakala empat lagi adalah lantikan baharu.
Individu yang dilantik ialah Datin Yasmin Ahmad Merican sebagai pengerusi, Prof Emerita Datuk Dr Asma Ismail, Profesor Dr. Haidar Dziyauddin, Datuk Lee Heng Cheong dan Prof Dr. Sarjit Singh Darshan Singh.
"Turut dilantik sebagai ahli panel ialah Ali Hassan Mohd Hassan dan Kamaruddin Mape. Kesemua individu yang dilantik ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar daripada pelbagai bidang dan ia sebagai satu penghormatan serta pengiktirafan terhadap kebolehan, kepakaran selain integriti yang mereka miliki.
"Kepakaran mereka diyakini dapat memberi nilai tambah kepada SPRM dalam membanteras rasuah bagi memastikan keberkesanan operasi dan salah guna kuasa di negara ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#salah guna kuasa
#nilai tambah
#integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan