awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh bayi merdeka lahir di HSA

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2023
08:02 MYT
Tujuh bayi merdeka lahir di HSA
Tiga dari tujuh bayi bertuah itu diraikan Yayasan Kita Anak Malaysia diketuai Pengarah Urusannya, Dr Sara Chinnasamy (duduk dua kiri) bersama ibu salah seorang bayi terbabit, Siti Mariah (duduk tengah). - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seramai tujuh bayi dilahirkan pada Hari Kebangsaan di Hospital Shah Alam (HSA) di sini, dengan masing-masing lima lelaki dan dua perempuan sehingga pagi Khamis.
Bayi terawal dilapor lahir pada jam 12.17 pagi dan yang ketujuh direkodkan pada jam 9.34 pagi tadi.
Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, Siti Mariam Ali, 42, berkata, beliau gembira apabila dapat melahirkan anak lelaki bongsunya pada Hari Kebangsaan pada tahun ini.
"Saya sangat teruja sebab kita tak merancang kerana dia (anak) dijangka lahir pada 19 September jadi tak sangka dia akan lahir pada 31 Ogos pada jam 12.17 pagi tadi.
"Memandangkan saya seorang seorang anggota tentera maka saya amat bangga anak lelaki saya lahir pada hari ini," kata isteri kepada Sarjan Sumail Gilada, 40, ketika ditemui di HSA pada Khamis.


 Tiga dari tujuh bayi bertuah itu diraikan Yayasan Kita Anak Malaysia diketuai Pengarah Urusannya, Dr Sara Chinnasamy (dua kiri). - Foto Sinar Harian
Tiga dari tujuh bayi bertuah itu diraikan Yayasan Kita Anak Malaysia diketuai Pengarah Urusannya, Dr Sara Chinnasamy (dua kiri). - Foto Sinar Harian
Tambahnya, nama anak keempatnya itu masih belum diputuskan kerana masih belum berbincang dengan suaminya namun bersyukur kerana selamat melahirkan bayi berkenaan.
Kesemua bayi bertuah itu diraikan Yayasan Kita Anak Malaysia diketuai Pengarah Urusannya, Dr Sara Chinnasamy dan Pengerusinya, Puvaniten Helan Govan dengan penyampaian cenderahati berupa kelengkapan bayi.
Dr Sara ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya sangat gembira dapat meraikan ibu-ibu yang melahirkan anak di hari istimewa rakyat di negara ini meraikan kemerdekaan negara.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#shah alam
#bayi Merdeka
#Siti Mariam Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan