awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2023
02:10 MYT
Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah
Lima buah kereta Proton Wira yang berjaya dirampas polis. -Astro AWANI
KOTA BHARU: Tujuh individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan curi kenderaan dan pecah rumah di sini berjaya ditahan dalam Ops Lejang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan suspek berusia di antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara jam 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.
Dengan penahanan tujuh individu itu, pihaknya berjaya menemui lima buah kereta Proton Wira, peralatan memecah rumah dan kereta, serta sejumlah wang tunai.
"Berdasarkan kes kehilangan kenderaan Proton Wira yang ketara sejak awal tahun, 21 kes dilaporkan dan tindakan diambil menjurus kepada penyelesaian kes melalui Ops Lejang," kata Muhamad Zaki.
Beliau berkata, kesemua kereta Proton Wira itu dipercayai dicuri sebelum dijual pada harga di antara RM3,000 hingga RM5,000.
Muhamad Zaki berkata, kejayaan tangkapan kumpulan curi kereta dan pecah rumah itu selepas polis menemui cap jari seorang suspek yang dikesan di sebuah rumah yang dipecah masuk.
Suspek, termasuk seorang bekas banduan yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau serta mengaku sebagai ketua sindiket itu, direman bermula semalam hingga 7 Februari.
Pihak polis masih mengesan saki-baki ahli dan individu lain yang ada kaitan dengan kumpulan curi kereta itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379a, 325/353 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#curi kenderaan
#pecah rumah
#Muhamad Zaki Harun
#proton wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan