Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, ini menjadikan kesemua tujuh individu telah memberi keterangan sejak Jumaat lepas dan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan pihak Bukit Aman.
"Tujuh individu telah dirakam percakapan dan pihak Bukit Aman telah melawat tempat yang ada (abu).
"Mereka ini adalah saksi-saksi yang terlibat menerima abu mayat, meletakkan (abu mayat) di tempat-tempat di kaki banjaran titiwangsa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, pada Isnin.
ACP Nor Omar Sappi, 44, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor menggantikan ACP Muhamad Hanif Othman yang ditukarkan ke Kontinjen Pahang.
Turut diadakan majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Manjung antara Dr. Azura Abdullah Effendi dengan ACP Siti Dalila Mohd. Yasin dengan disaksikan Pengerusi Perkep negeri, Datin Zainah Othman.
Terdahulu, turut diadakan majlis penyerahan kenderaan pasukan iaitu 16 buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi kegunaan ketua polis balai di seluruh negeri Perak menggantikan Perodua Kancil yang telah digunakan sejak tahun 1998.
Razarudin berkata, 103 kenderaan Perodua Kancil telah mula digunakan sejak 21 tahun lepas dan kini hanya 40 buah yang masih digunakan.
"Penggantian kenderaan ini melibatkan sembilan daerah merangkumi 16 buah balai polis yang akan digantikan secara berperingkat.
"Saya berharap dengan dibekalkan kenderaan ini ketua polis balai dapat memantau pergerakan dan kerja dengan efisien sekaligus mengurangkan kadar jenayah di kawasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Datuk Razarudin Husain berkata, ini menjadikan kesemua tujuh individu telah memberi keterangan sejak Jumaat lepas dan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan pihak Bukit Aman. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PKPD di dua lokasi di Terengganu | Perang EU-Astrazeneca makin tegang

World Economic Forum | John Kerry ulangi komitmen AS dalam perubahan iklim
Perkembangan sama, Amerika Syarikat kembali menyertai pakatan perubahan iklim, yang dikenali sebagai perjanjian Paris. Utusan khas perubahan iklim Amerika, John Kerry memaklumkan negara itu bukan sahaja meningkatkan usaha mengurangkan pencemaran gas hijau, tetapi juga berhasrat menggalakkan negara lain buat tindakan sama.

karate-do | Tamparan buat skuad negara
Skuad karate-do negara menerima tamparan dalam persiapan buru tiket Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan apabila khidmat jurulatih, Ali Reza Souleymani tidak dilanjutkan. Pengendali kelahiran Iran itu dijadual pulang ke Iran, Ahad ini selepas gagal memuaskan hati Persekutuan Karate-Do Malaysia (Makaf).

Liga Juara Asia | JDT dalam kumpulan G
Undian saingan Liga Juara-Juara Asia menyaksikan, juara Liga Super JDT diletakkan dalam kumpulan G bersama kelab Jepun, Grampus Nagoya. Manakala salam saingan Piala AFC menyaksikan 2 wakil negara Kedah dan Terengganu AFC mempunyai undian dan laluan yang berbeza.

Thaipusam | PM berterima kasih kerana patuh SOP
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada penganut agama Hindu kerana mematuhi SOP dengan meneruskan Sambutan Thaipusam mengikut norma baharu di kediaman masing-masing.. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengakui sambutan Thaipusam terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan, tetap anjurkan
Jelas Bach, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung, sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.

Boeing 737 Max | EASA beri kebenaran pesawat terbang semula
Agensi keselamatan penerbangan Kesatuan Eropah atau EASA beri kelulusan kepada pesawat Boeing 737 Max untuk terbang semula. Kelulusan dibuat selepas penambahbaikan ke atas pesawat itu.

Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan
Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach menolak pelbagai dakwaan berkaitan temasya Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan. Jelasnya, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung.. Sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.

Perintah eksekutif | Joe Biden langkah tangani isu perubahan iklim
Presiden Joe Biden menandatangani beberapa perintah eksekutif untuk menangani isu perubahan iklim. Ini termasuk larangan berkaitan penerokaan tenaga.

Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah pingat Order of Australia
Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.

Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Tujuh individu beri keterangan bawa balik abu mayat Chin Peng
Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.

Kecam, 'laknat' tindakan bawa masuk abu mayat Chin Peng - Zainal Kling
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling menegaskan gerakan PKM yang mengembangkan fahaman Komunisme satu ketika dahulu adalah satu penderhakaan kepada negara.

'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa' - Laporan
Abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya.