MALAYSIA
Tujuh jajahan di Kelantan dijangka banjir bermula 14 Disember
Situasi banjir itu dijangka berlaku susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini. - Gambar fail
KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan melibatkan kawasan rendah dan berisiko di tujuh jajahan bermula 14 hingga 17 Dis ini.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan situasi banjir itu dijangka berlaku susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.
Tujuh jajahan yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
"Bagi Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah ia melibatkan lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok, manakala Machang dan Kota Bharu pula di lembangan Sungai Kelantan.
"Bagi jajahan Pasir Puteh kawasan terlibat di kawasan lembangan Sungai Semerak, manakala Bachok melibatkan lembangan Sungai Semerak, Sungai Kemasin dan Sungai Gali," menurut PRABN.
Sehubungan itu, JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan kerana banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan.
"Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
"Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my. dan Facebook iaitu PublicInfoBanjir," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA