Tujuh kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5pm

Bernama
Oktober 5, 2023 12:38 MYT
Pemandangan berjerebu di bangunan pencakar langit dan kawasan sekitar Kuala Lumpur hari ini, 5 Okt 2023. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 5 petang ini.
Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), kadar IPU tertinggi dicatat di Bukit Rambai, Melaka iaitu 154, Bandaraya Melaka (151), Port Dickson, Negeri Sembilan (134), Tangkak, Johor (113), Alor Gajah, Melaka dan Cheras masing-masing 105 manakala Batu Pahat, Johor (103).
IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
#jerebu #IPU tidak sihat #Indeks Pencemaran Udara #tujuh kawasan