awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2023
07:34 MYT
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah
Kejadian mendapan tanah itu membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan. - Gambar/ Sinar Harian
SUBANG JAYA: Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat sini dalam kejadian petang Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian dilaporkan jam 6.46 petang itu, membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan.
Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.
"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan terbabit membabitkan tujuh kenderaan terjejas. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pemantauan dilakukan oleh pasukan bertugas bagi memastikan kawasan terlibat benar-benar selamat.
"Kes kemudian diserahkan kepada MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,: katanya.
Sementara itu, MBSJ ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mendapan tanah
#Subang Jaya
#Bandar Puchong
#kereta tenggelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan