Tujuh lagi lokaliti dikenakan PKPD, tiga ditamatkan

Umavathi Ramayah
Jun 5, 2021 11:17 MYT
ismail Sabri Yaakob berkata, tujuh lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tujuh lokaliti di Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 Jun hingga 20 Jun ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu adalah bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan awal kes COVID-19.
Berikut adalah tujuh lokaliti yang dikenakan PKPD:
1. Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang
  • Sehingga kini, sebanyak 22 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 112 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 20 peratus.
  • 2. Empat rumah panjang di Batang Oya, Dalat, Sarawak
  • Rumah Panjang anak Umba
  • Rumah Panjang Tulu anak Sli
  • Rumah Panjang Duah anak Entingi
  • Rumah Panjang Balin anak Gema
  • Sekolah Kebangsaan (SK) St Luke
  • Klinik Kesihatan Nanga Baoh
  • Ketika ini, KKM mendapati berlaku peningkatan kes COVID-19 mendadak dalam tempoh satu minggu apabila 27 kes positif telah dilaporkan selepas saringan ke atas 40 orang penghuni rumah panjang di lokaliti tersebut.
  • 3. Asrama Pekerja Kilang Eco Medi Glove, Jalan Tembaga Kuning, Mukim Taiping, Perak
  • Sehingga kini, sebanyak 75 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 230 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar kebolehjangkitan yang ditinggi di lokaliti itu.
  • 4. PKPD 2 perkampungan dalam Mukim Ulu Kinta, Perak
  • Kadar positiviti di kedua-dua perkampungan ini adalah tinggi dengan empat kes telah dilaporkan di Kampung Jelapang Baru selepas 93 orang penduduk disaring manakala di Kampung Sungai Tapah, 30 orang disaring, 11 daripadanya positif COVID-19.
  • 5. Tiga perkampungan di Tawau, Sabah
  • Sebanyak 31 positif telah direkodkan di Kampung Blok 31 hasil saringan ke atas 75 orang penduduk, lapan kes positif pula dicatatkan di Kampung Sentosa, Blok 5, Hilltop selepas 10 penduduk disaring. Manakala, terdapat 10 kes positif di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu hasil daripada keseluruhan 27 ujian saringan dijalankan di lokaliti ini.
  • 6. FELDA Umas 4, Kalabakan, Sabah
  • KKM telah melakukan 12 ujian saringan dan 10 daripadanya disahkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti direkodkan ialah 83.33 peratus.
  • 7. PKPD Apartment Taman Permata, Sandakan, Sabah
  • Berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat iaitu 18 kes positif telah direkodkan hasil daripada 59 ujian saringan dengan kadar positiviti 30.51 peratus.
  • Sementara itu, Ismail Sabri berkata, tiga lagi lokaliti termasuk satu di Pahang dan dua di Sabah ditamatkan PKPD bermula 6 Jun ini, seperti yang dijadualkan.
    Berikut adalah tiga lokaliti tersebut:
    1. Silimpopon Mill dan Silimpopon Estate, Kalabakan, Sabah
  • KKM juga mendapati kes telah menurun dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
  • 2. Kampung Melikai, Kuala Penyu, Sabah
  • Berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
  • 3. Taman Perumahan dan Perkampungan Sekitar Gau, Temerloh, Pahang
  • Berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
  • #PKPD #Ditamatkan #dikenakan #sekatan kawalan pergerakan #PKP #Polis Diraja Malaysia #ismail sabri yaakob #Kementerian Pertahanan #Kementerian Kesihatan #Adham Baba #program vaksinasi