awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lindung perniagaan haram: SPRM reman enam lagi anggota, pegawai polis
Sekatan akses Grok langkah tepat, pihak berkuasa lebih 'bertaring' - Pakar undang-undang
Pemutihan sekolah agama swasta dipergiat, pastikan aspek keselamatan - MAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lelaki ditahan bantu siasatan pergaduhan di Kanowit

Bernama
Bernama
09/08/2023
20:25 MYT
Tujuh lelaki ditahan bantu siasatan pergaduhan di Kanowit
Polis menafikan bahawa kes tersebut melibatkan unsur perkauman seperti yang ditularkan dalam media sosial sekali gus memberi jaminan satu siasatan yang telus dan teliti akan dilakukan segera.
SIBU: Tujuh lelaki tempatan ditahan susulan satu pergaduhan dipercayai berpunca daripada masalah tunggakan gaji di pekan Machan, Kanowit, kira-kira 46 kilometer dari sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata lima daripada mereka ditahan pada 6.30 petang Selasa manakala dua lagi ditahan pada 11 pagi semalam.
"Kesemua suspek berusia 20 hingga 45 tahun direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pergaduhan yang tular menerusi media sosial itu berlaku kira-kira 4.30 petang dengan menyebabkan seorang lelaki cedera pada bahagian tangan akibat dilanggar oleh kenderaan dipandu seorang lelaki lain.
Katanya pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.45 petang dan 3.15 petang Selasa daripada kedua-dua pihak yang terlibat.
Tega menafikan bahawa kes tersebut melibatkan unsur perkauman seperti yang ditularkan dalam media sosial sekali gus memberi jaminan satu siasatan yang telus dan teliti akan dilakukan segera.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang spekulasi berkaitan kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#pergaduhan
#Kanowit
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan