MALAYSIA
Tujuh lelaki warga asing didakwa culik ahli perniagaan

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah masjid di Sentul pada 11.30 malam 26 Jun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh berusia 47 tahun bagi menuntut wang tebusan, bulan lepas.
Ringkasan AI
- Tujuh lelaki warga asing dua warga Bangladesh dan lima warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh berusia 47 tahun untuk menuntut wang tebusan pada 26 Jun lalu.
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan; tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
- Mahkamah menetapkan 2 Oktober untuk sebutan semula kes; hanya seorang tertuduh diwakili peguam manakala enam lagi tidak diwakili, dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah masjid di Sentul pada 11.30 malam 26 Jun lepas mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Noorelynna Hanim menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Kes dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani manakala peguam K. Komagan mewakili Sohel Rana dan enam lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami