Tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD selama 14 hari

Hasimi Muhamad
Ogos 28, 2021 11:08 MYT
Keputusan dibuat selepas meneliti pembentangan KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tujuh lokaliti membabitkan Sabah dan Pahang bermula 30 Ogos hingga 12 September ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.
Jelas beliau, PKPD di Sabah membabitkan empat lokaliti di Putatan iaitu Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai.
"Manakala di Pahang, ia melibatkan tiga lokaliti di Mukim Hulu Cheka, Jerantut masing-masing di Kampung Batu Balai, Kampung Congo serta Kampung Perlok," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelaksanaan PKPD berkuatkuasa 30 Ogos hingga 12 September 2021#MKN50#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/o4K38Vlv75

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) August 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan sama, Rodzi memaklumkan PKPD di Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 12 September ini.
Selain itu, sebanyak sembilan lokaliti di Sabah dan Pahang yang dikenakan PKPD akan ditamatkan esok.
Di Sabah, ia melibatkan dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya.
Sementara dua lokaliti di Ranau masing-masing membabitkan Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang.
Selain itu, turut ditamatkan PKPD ialah Perumahan Ladang Excellent Challenger 2, Beluran; Pekan Donggongon, Penampang; serta Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud.
"Di Pahang pula, ia melibatkan Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu Cameron Highland dan Kampung Seberang Sungai Ular, Mukim Sg Karang, Kuantan.
#PKPD #Covid-19 Malaysia #MKN #PKPD tamat