MALAYSIA
Tujuh lokasi pokok tumbang akibat ribut di Hilir Perak
Anggota APM menjalankan operasi aduan kes pokok tumbang yang diterima melalui talian MERS dan orang awam. - Foto APM Perak
IPOH: Hujan lebat serta angin kencang lewat petang semalam mengakibatkan kejadian pokok tumbang di tujuh lokasi sekitar Teluk Intan dan kawasan berhampiran.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hilir Perak dalam kenyataan memaklumkan ribut yang berlaku kira-kira 6.30 petang dan berlarutan hingga 8 malam melibatkan beberapa kawasan di mukim Durian Sebatang dan Sungai Durian.
"Laporan awal yang diterima mendapati antara lokasi terjejas ialah Taman Melor, Sungai Kerawai, Kampung Padang Tembak, Kampung Esso dan Lorong Pinang di Batak Rabit, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) San Min, Teluk Intan serta Kampung SC Belt.
"Setakat ini, tujuh laporan kejadian pokok tumbang diterima bermula 7.16 malam hingga 8.12 malam," menurut kenyataan itu.
PKOD Hilir Perak memaklumkan anggota APM masih giat menjalankan operasi aduan kes pokok tumbang yang diterima melalui talian MERS dan orang awam.
Sementara itu, PKOD Bagan Datuk dalam kenyataan berasingan memaklumkan daerah itu turut merekodkan beberapa insiden pokok tumbang dan kerosakan kecil di beberapa kawasan kediaman serta institusi pendidikan.
Antara lokasi terjejas termasuk Jalan Sabak Bernam di Hutan Melintang, Politeknik Bagan Datuk, Jalan Bagan Datuk Pekan Simpang Tiga, Jalan Bagan Pasir, Lorong 7 Taman Bagan Pasir, Tebuk Cik Agus, Jalan Bagan Sungai Burung, Kampung Parit Datang serta Batu 25, Jalan Kuala Perak.
"Sebanyak sembilan kes pokok tumbang direkodkan setakat ini termasuk di kawasan perumahan dan laluan utama. Kes pertama diterima pada 7.04 malam melibatkan pokok tumbang di Hutan Melintang sebelum beberapa lagi laporan diterima secara berterusan di kawasan lain setakat 9.15 malam," menurut kenyataan itu.
PKOD Bagan Datuk memaklumkan anggota APM masih giat menjalankan operasi aduan kes pokok tumbang yang diterima melalui talian MERS dan orang awam.
-- BERNAMA