awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh maut dipanah petir di Yaman

Bernama
Bernama
16/09/2023
15:22 MYT
Tujuh maut dipanah petir di Yaman
Mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki dari daerah Al-Luhayyah dan Az-Zuhrah di bahagian utara wilayah itu.
SANAA: Tujuh maut dipanah petir dalam kejadian di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman, dalam tempoh 24 jam lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki dari daerah Al-Luhayyah dan Az-Zuhrah di bahagian utara wilayah itu.
Ia merupakan kejadian terbaru dalam siri bencana sama yang dilaporkan di seluruh negara itu semasa musim hujan ini.
Pusat Meteorologi Kebangsaan Yaman telah mengeluarkan amaran kepada rakyat di beberapa wilayah, termasuk Hodeidah, mengenai ribut petir, hujan lebat dan banjir.
Dalam laporan baru-baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahaya bencana alam semula jadi berkaitan perubahan iklim, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara yang dilanda perang itu.
Kejadian cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur Yaman yang rapuh dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian, menurut PBB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut
#dipanah petir
#Yaman
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan