Sebanyak tujuh buah motosikal dan tiga buah kereta yang diletakkan di tempat parkir tingkat empat Apartmen Menara Riverview, Jalan Sungai Pinang di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin, dipercayai akibat perbuatan khianat.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.22 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.
"Sebaik tiba api sedang marak dan 11 buah kenderaan yang terdapat di kawasan parkir di situ telah terbakar dan pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal api daripada terus merebak," katanya di sini pada Isnin.
Beliau berkata pihak bomba berjaya memadam keseluruhan api pada pukul 6.05 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, seorang daripada pemilik kenderaan yang musnah dalam kebakaran itu, Abdul Rahman Mohsin, 40-an, berkata beliau dihubungi jirannya kira-kira pukul 5 pagi memaklumkan berlaku kebakaran dikawasan parkir di tingkat empat rumah mereka.
"Sebaik turun ke tempat parkir, kereta dan motosikal saya telah musnah terbakar. Saya sangat sedih kerana dua kenderaan yang saya beli dengan hasil titik peluh bekerja hangus terbakar. Kerugian kira-kira RM15,000," katanya.
Katanya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terdapat seorang lelaki menaiki sebuah motosikal masuk ke kawasan parkir itu sebanyak tiga kali sebelum membaling sesuatu seperti api ke arah motosikal di situ sebelum meletup dan menurutnya rakaman CCTV itu sudah diserahkan kepada polis.
Abdul Rahman berkata kejadian seumpama itu merupakan kali kedua berlaku di kawasan parkir apartmen berkenaan dan kali pertama berlaku pada tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 17 2018
Pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal api daripada terus merebak. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tujuh motosikal, tiga kereta musnah dalam kebakaran
Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada 4.22 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.