awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh pekerja sub kontraktor TM ditahan curi kabel

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
31/01/2022
09:25 MYT
Tujuh pekerja sub kontraktor TM ditahan curi kabel
Mohd Hamizi (kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di IPD Tuaran hari ini. - Astro AWANI.
TUARAN: Tujuh lelaki dipercayai pekerja syarikat sub kontraktor ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti mencuri kabel milik Telekom Malaysia Bhd (TM), di jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tajau Termenung, Tuaran pada Khamis lalu.
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun itu dikesan menjalankan kegiatan berkenaan sekitar pukul 4 petang.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kegiatan mereka dikesan oleh pegawai keselamatan TM yang kemudian bertindak menahan kumpulan itu sebelum menghubungi pihak polis.
Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai polis dikerah ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat bagi menjalankan siasatan.
“Hasil pemeriksaan lanjut, semua suspek didapati melakukan pemotongan kabel tembaga sepanjang kira-kira 190 meter. Turut dirampas pelbagai peralatan yang digunakan dalam aktiviti mencuri kabel tembaga milik TM berkenaan,” katanya semasa sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, pada Isnin.
Kata Mohd Hamizi, siasatan yang dilakukan mendapati semua suspek yang ditahan merupakan pekerja di sebuah syarikat sub kontraktor yang bertanggungjawab membuat pemasangan kabel optik Unifi TM.
Tambahnya, dengan tangkapan ini, polis percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes kecurian yang pernah dilaporkan sebelum ini.
“Siasatan awal mendapati rampasan kes termasuk kabel tembaga dianggarkan bernilai RM25,000 berdasarkan harga pasaran semasa," katanya lagi.
Mohd Hamizi berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Pekerja sub kontraktor
#Lelaki ditahan curi kabel
#TM
#Tuaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan