awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis nafi rompakan masjid di Kuala Kedah
Xiaomi keluarkan lebih 400,000 kereta elektrik sepanjang 2025
Lelaki ditahan simpan buaya tembaga bernilai ratusan ribu dalam but kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang

Bernama
Bernama
14/03/2025
02:10 MYT
Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dalam kebakaran lewat malam tadi, tiga kedai runcit, dua inap desa, satu blok rumah sewa 11 pintu, dan sebuah stor penyimpanan barang runcit, kesemuanya jenis tidak kekal, musnah sepenuhnya. - Gambar JBPM Sabah
KUNDASANG: Tujuh premis termasuk kedai runcit dan inap desa musnah dalam kebakaran di sini, lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ranau bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 8.37 malam.
Beliau berkata, tiga kedai runcit, dua inap desa, satu blok rumah sewa 11 pintu, dan sebuah stor penyimpanan barang runcit, kesemuanya jenis tidak kekal, musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. Semua premis terbakar 100 peratus," katanya.
Beliau berkata, dengan bantuan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Sabah Electricity, operasi pemadaman berjaya ditamatkan pada 12.52 tengah malam.
Kundasang merupakan sebuah kawasan dalam daerah Ranau terletak lebih 90 meter arah timur dari Kota Kinabalu, yang terkenal sebagai tarikan pelancongan tanah tinggi di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran Kundasang
#inap desa musnah
#kedai runcit terbakar
#Bomba Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan