awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhammad Hafizuddeain pilih bersara awal, jawatan PAT masih kosong
Tabika, Taska Perpaduan terima peruntukan RM55.5 juta tahun 2026 - Aaron
Anthropic lancar Claude for Healthcare, fokus privasi data kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh pusat pemindahan tempatkan 523 mangsa banjir di Sarawak pagi ini

Bernama
Bernama
01/01/2016
02:24 MYT
Tujuh pusat pemindahan tempatkan 523 mangsa banjir di Sarawak pagi ini
Gambar fail keadaan banjir di kawasan Limbang, Sarawak yang berlaku baru-baru ini. - Gambar fail
Sejumlah 523 mangsa daripada 159 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di Bahagian Kuching dan empat lagi di Bahagian Samarahan setakat 8 pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata di Bahagian Kuching, pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya menempatkan 60 orang, Dewan Masyarakat Stapok (112 orang) dan SMK Bako (78 orang).
"Di Samarahan, pusat pemindahan Dewan Komuniti Jaie menempatkan 62 orang, Masjid Lot Kampung Tambirat (132 orang), Dewan Suarah Samarahan (71 orang) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putit (lapan orang)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Siti Huzaimah berkata bilik gerakan bencana banjir negeri dibuka 24 jam dan orang ramai yang mahu mendapatkan atau menyalurkan maklumat mengenai sebarang bencana boleh menelefon 082-447000.
Topic Berkaitan
#banjir
#pusat pemindahan
#Sarawak
#Siti Huzaiman Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan