awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan di Thailand

Bernama
Bernama
03/09/2017
06:11 MYT
Tujuh rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan di Thailand
Wanita yang memandu kenderaan itu tertidur, mengakibatkan Mitsubishi Pajero yang dinaiki mereka terbabas, kata Lt Samarng Supattana-anant daripada polis Bangsaphan Noi. - Gambar hiasan
Tujuh pelancong Malaysia daripada sebuah keluarga cedera ringan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di wilayah Prachuap Khiri Khan, kira-kira lima jam perjalanan darat dari Bangkok.
Menurut Lt Samarng Supattana-anant daripada polis Bangsaphan Noi, kenderaan itu dinaiki sepasang suami isteri, empat anak mereka dan seorang saudara, dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Poipet, sebuah bandar di sempadan Kemboja, apabila kemalangan itu berlaku pada 11.30 pagi (waktu tempatan) semalam.
"Wanita yang memandu kenderaan itu tertidur, mengakibatkan Mitsubishi Pajero yang dinaiki mereka terbabas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini, dan menambah, kemalangan itu berlaku di Phet Kasem Road arah selatan di Tambon Sai Thong, dalam wilayah itu.
Kesemua rakyat Malaysia itu bermalam di Hospital Bangsaphan Noi, dan diberi rawatan kerana kecederaan yang dialami.
Polis Thai mengenal pasti rakyat Malaysia itu sebagai Mohd Isa Abdul Ghani, 44, Rafidah Ismail, 42, Wan Rosilawati Wan Hashim, 33, Muhammad Loqman Mohd Isa, 11, Muhammad Nor Hakim Mohd Isa, 9, Ainul Mardhiah Mohd Isa, 7, dan Ainulmawaddah Mohd Isa, 2.
Samarng turut mengenal pasti Rafidah sebagai pemandu ketika kemalangan itu berlaku, yang keletihan selepas memandu dalam tempoh yang lama, dan mengakibatkan kemalangan.
"Kami syak dia terlelap semasa memandu, mungkin sebab terlalu letih selepas memandu dengan begitu lama," katanya, dan menambah, Mohd Isa membuat laporan polis mengenai kemalangan itu semalam.
Poipet adalah bandar pelancongan popular yang terletak berhampiran sempadan Thai-Kemboja.
Pegawai polis itu berkata beberapa anggota keluarga rakyat Malaysia itu akan datang ke Prachuap Khiri Khan hari ini untuk membawa mereka pulang ke Malaysia dan meneruskan rawatan di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#kemalangan
#pelancong
#Poipet
#polis
#Prachuap Khiri Khan
#rakyat Malaysia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan