NATIONAL
Tujuh remaja sesat di Bukit Maras ditemukan selamat

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kesemua mangsa berusia 16 hingga 19 tahun itu telah ditemui dan tiba di kaki bukit berkenaan pada 1 tengah hari. -Gambar hiasan
KUALA NERUS: Polis mengesahkan tujuh remaja yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Maras di sini pagi tadi ditemukan dalam keadaan selamat.
Ringkasan AI
- Tujuh remaja yang sesat ketika mendaki Bukit Maras telah ditemukan selamat dan tiba di kaki bukit pada pukul 1 tengah hari.
- Pasukan penyelamat, termasuk polis, bomba, dan penduduk kampung, terlibat dalam operasi pencarian setelah menerima laporan bahawa remaja tersebut sesat semasa turun dari bukit.
- Beberapa remaja memerlukan bantuan untuk turun kerana mengalami kekejangan kaki, dan mereka ditemukan setelah salah seorang daripada mereka menghubungi pasukan penyelamat pada pukul 12.30 tengah hari.
"Polis menerima maklumat mangsa sesat semasa dalam perjalanan turun selepas mendaki bukit berkenaan.
"Setelah menerima laporan, sepasukan anggota digegaskan ke lokasi dan dimaklumkan oleh penduduk kampung tujuh pendaki masih belum turun.
"Polis kemudiannya berkongsi maklumat kejadian dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus bagi membantu pencarian. Operasi turut dibantu penduduk kampung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Azli berkata pasukan penyelamat berjaya mengesan lokasi kesemua remaja tersebut pada 12.30 tengah hari setelah menerima panggilan daripada seorang daripada mereka yang memaklumkan telah menjumpai laluan asal pendakian.
"Ada di antara mereka memerlukan bantuan untuk turun ke kaki bukit kerana mengalami kekejangan kaki," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami