Tujuh termasuk seorang Inspektor direman empat hari kerana terima suapan

Astro Awani
April 24, 2019 11:40 MYT
Kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pahang antara pukul 10 malam hingga 10.45 malam Selasa selepas hadir memberi keterangan.
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama enam anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Koperal di sebuah daerah di Pahang direman empat hari bermula Rabu kerana disyaki bersubahat menerima suapan sebanyak RM 6,500.
Menurut sumber, kesemua suspek berkenaan dipercayai bersubahat menerima wang suapan sebanyak RM6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu.
Kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pahang antara pukul 10 malam hingga 10.45 malam Selasa selepas hadir memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu
Katanya, kesemua individu disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.
#anggota polis #pegawai polis berpangkat Inspektor #Simi Abd Ghani #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia