awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang besi rogol remaja perempuan Rohingya diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2024
10:45 MYT
Tukang besi rogol remaja perempuan Rohingya diberkas
Polis memberkas suspek berusia 20 tahun di Kampung Baru Ampang, pada Jumaat. - Gambar hiasan
AMPANG: Seorang tukang besi warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan Rohingya berusia 14 tahun di Taman Tasik Permai, di sini, pada 26 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 3 pagi, suspek telah menipu dengan memberitahu mangsa yang ayahnya sedang sakit dan berada di rumah lelaki itu.
"Semasa tiba di rumah tersebut, suspek telah menarik tangan dan menutup mulut mangsa dengan menggunakan kain sehingga remaja itu tidak boleh berbuat apa-apa serta merogolnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Azam berkata, mangsa sudah berkahwin.
"Suspek merupakan kawan suami mangsa," katanya.
Mohd Azam berkata, pihaknya telah memberkas suspek berusia 20 tahun di Kampung Baru Ampang, di sini, pada jam 6 petang, Jumaat.
"Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah, suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#tukang besi warga Myanmar
#rogol remaja Rohingya
#Taman Tasik Permai
#rakan suami mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan