awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang cat ditemukan maut bawah runtuhan bangunan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2021
22:45 MYT
Tukang cat ditemukan maut bawah runtuhan bangunan
Mayat Ahmad Khairi ditemukan orang ramai di bawah runtuhan struktur bangunan di Kg Bukit Depu, Kuala Terengganu. -Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di bawah runtuhan struktur bangunan dalam kejadian di Kampung Bukit Depu di sini pada Khamis.
Mangsa, Ahmad Khairi Mohamad, 38, yang bekerja sebagai tukang cat ditemukan orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu kira-kira jam 8 pagi.
Adik mangsa, Mohd Suhaimi Mohamad, 34, berkata, lokasi mangsa diketahui susulan penemuan motosikalnya yang diparkir berhampiran kawasan itu.
Katanya, selain penemuan motosikal, ibunya, Maimunah Abdullah, 69, turut meluahkan rasa tidak sedap hati selepas gagal menghubungi abangnya itu sejak petang Rabu.
"Dekat 20 kali emak menelefon abang sejak petang Rabu, namun tiada sebarang jawapan. Kami semua runsing kerana arwah jarang tidak mengangkat telefon.
"Tak sangka pula rupanya arwah ditimpa kemalangan.
"Saya dapat tahu kejadian ini kira-kira jam 9 pagi tadi selepas ada pihak yang menularkan gambar penemuan motosikal dan mayatnya di media sosial," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Mohd Suhaimi berkata, arwah yang merupakan anak keenam daripada 12 adik beradik dipercayai berteduh di bawah struktur bangunan itu untuk berlindung daripada hujan lebat sebelum ditimpa kemalangan.
"Biasanya abang saya akan pulang ke rumah di Chendering selepas habis kerja jam 5 petang.
"Namun, arwah dipercayai singgah di kawasan itu untuk berteduh kerana hujan lebat sebelum ditimpa struktur bangunan yang telah reput," katanya.
Dalam pada itu, katanya, kali terakhir dia bertemu abangnya itu pada malam Selasa lalu selepas diminta untuk menghantar nasi minyak.
"Abang saya belum berkahwin dan tinggal berseorangan di rumah pusaka di Chendering.
"Ketika bertemu pada malam Selasa lalu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan hanya menyatakan keinginan kepada saya untuk makan nasi minyak," katanya.
Mayat Ahmad Khairi dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan akan dikebumikan malam Khamis.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tukang cat
#Ahmad Khairi Mohamad
#runtuhan struktur bangunan
#Kampung Bukit Depu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan