ALOR SETAR: Seorang tukang gunting rambut direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi jalan berhampiran ladang getah dekat Kampung Datuk Syed Ahmad, Pendang, pada Jumaat.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 20-an itu, dikeluarkan Majistret, Siti Noorhidayah Mohd Noor di pejabat lokap Mahkamah Alor Setar, hari ini.
Terdahulu, suspek tiba di lokap mahkamah kira-kira pukul 8.41 pagi, dengan menaiki kenderaan trak polis dengan memakai pakaian lokap berwarna oren.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superitenden Arriz Sham Hamezah memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan kira-kira pukul 7.05 petang Jumaat.
Bayi itu yang masih memiliki kesan darah, dibalut dengan kain batik serta tuala dan diletakan dalam bakul sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
Susulan itu, pihak polis menahan dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan yang dipercayai ibu bayi berkenaan di Sik, semalam.
Kedua-dua mereka ditahan secara berasingan dengan pihak polis terlebih dulu menahan individu lelaki, sebelum menangkap wanita tersebut yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai telefon pintar, kira-kira 15 minit kemudian.
Ujian urin dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan menunjukkan mereka negatif dadah manakala semakan dijalankan mendapati masing-masing tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Bayi tersebut kini berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan hospital, dan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Arriz Sham memaklumkan, ibu bayi berkenaan yang juga berusia 20-an, dilepaskan dengan jaminan polis kerana keadaan kesihatannya yang baru lepas bersalin.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Oct 15 2023

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 20-an itu, dikeluarkan Majistret, Siti Noorhidayah Mohd Noor di pejabat lokap Mahkamah Alor Setar, hari ini.

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

USM perkasa industri madu kelulut menerusi kajian klinikal dan kerjasama strategik
USM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri madu kelulut negara.
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.

Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas kompleks beli-belah
Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah semalam.

Peniaga kuih menangis jumpa bayi dibuang di gerai
Bunyi sayup seperti anak kucing di dalam kotak di belakang sebuah gerai kuih di Kampung Rambai, di sini awal pagi tadi, membongkar penemuan seorang bayi lelaki.

509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas
Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Tukang gunting direman bantu siasatan kes buang bayi
Lelaki berusia 20-an itu direman bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi jalan.

Selangor catat kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun
Selangor mencatatkan jumlah kes pembungan bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun berturut-turut iaitu antara 2016 hingga Jun 2017 berbanding negeri lain.