Pengusaha salun, tukang gunting dan pendandan rambut digalakkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara sukarela bagi meyakinkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan mereka selepas dibenarkan beroperasi semula Rabu depan.
Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) TN Winda Mohd Tahir berkata langkah itu merupakan nilai tambah yang mampu meyakinkan lagi pelanggan, di samping pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada yang lain seperti penjarakan sosial, penggunaan pelitup separuh muka serta penggunaan cecair pensanitasi tangan.
Bagaimanapun menyedari kos yang tinggi, beliau berharap sekiranya bantuan dalam bentuk subsidi atau penajaan diberi kerajaan atau mana-mana pihak untuk membantu golongan pengusaha ini yang rata-ratanya terkesan dari segi kewangan selepas tidak dibenarkan beroperasi sebelum ini.
"Ini lebih meyakinkan masyarakat di luar sana tetapi memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi, persatuan berharap kalau-kalau ada pihak sudi untuk membantu pengusaha supaya mereka disahkan tahap kesihatannya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.
Menurut TN Winda kebanyakan pengusaha kedai rambut buat masa ini telah bersiap sedia dengan kaedah janji temu menggunakan pelbagai aplikasi termasuk WhatsApp bagi mengelakkan orang ramai berkerumun ke premis mereka.
BACA: PKPB: Operasi kedai gunting, dandan rambut, salun kecantikan dibenarkan bermula 10 Jun
Tambahnya, persatuan-persatuan kedai gunting rambut dan salun juga sedang berusaha mendapatkan bantuan khas daripada kerajaan memandangkan hampir tiga bulan terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat menjalankan perniagaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pendandan Malaysia Michael Poh pula menjelaskan bahawa sektor perkhidmatan gunting dan dandanan rambut sebenarnya tidak berisiko tinggi dan adalah lebih selamat untuk beroperasi berbanding sektor lain sekiranya SOP dipatuhi.
"Ia adalah bagus untuk industri dandanan rambut ...jika kita tidak buka, kita akan mati dan tidak boleh hidup, banyak syarikat akan tutup dan kami akan kehilangan pekerjaan ...jika patuh dengan SOP ia tidak menjadi masalah.
"Tujuh persatuan telah bersepakat dan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk pembukaan semula dan kerajaan telah mendengar suara kami, ia adalah perkara yang baik," katanya.
BACA: Gunting rambut: KKM pantau peningkatan kes mendadak
Tujuh persatuan itu adalah Persatuan Pendandan Malaysia; Persatuan Pendandan Bumiputera; Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera; Persatuan Pembangunan Kemahiran Dandanan Rambut; Persatuan Pemerkasaan Jurugaya Rambut India Malaysia; Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia dan Persatuan Jurugaya Rambut India Selangor Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, pengusaha kedai gunting rambut 'Substract Barbershop' di Taiping, Perak, Syadzwan Rosli, 34, lega dibenarkan beroperasi kembali dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mematuhi SOP kerajaan, malah sanggup turun untuk ujian saringan COVID-19 sekiranya diwajibkan ke atas mereka.
"Saya sangat setuju kedai gunting dapat beroperasi semula kerana kami sudah lama tidak boleh beroperasi sejak PKP dilaksanakan dan banyak komitmen perlu dibayar.
"Cuma harapan saya, sekiranya perlu menjalani ujian berkenaan lebih elok sekiranya dibenarkan kami untuk membuat ujian ini di hospital kerajaan sebenarnya, sekurang-kurangnya dapat buat percuma, sebelum kami memulakan kembali operasi kedai masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020
Pengusaha salun, tukang gunting dan pendandan rambut digalak jalani ujian saringan COVID-19 secara sukarela bagi meyakinkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan mereka. - Gambar hiasan
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400
Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.
RM2.5 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 disalurkan - KKM
Permohonan tersebut diluluskan Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin.
Bayaran khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid dilewatkan kepada 17 Mei
Bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di Kedah yang sepatutnya dibayar pada 18 April lepas terpaksa dilewatkan kepada 17 Mei depan.
Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid
Kerajaan Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di negeri ini.
Penjawat awam Pulau Pinang terima 'duit raya' 17 April ini
Seramai 7,078 penjawat awam Pulau Pinang bakal menerima BKK sebanyak 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,500.
LPP kenal pasti senarai pesawah layak dapat Bantuan Khas Bernas
Penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat di tiga negeri Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Perlis lulus bantuan khas RM700 kepada kakitangan awam
Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah.
Penjawat awam Melaka terima dua bantuan khas kewangan - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan pemberian dua bantuan khas kewangan kepada kumpulan penjawat awam di negeri itu.
Kedah sedia bantuan khas berjumlah RM5 juta
Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan khas berjumlah RM5 juta dalam usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dimaklumkan hari ini.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas RM1,500
Bantuan khas kewangan melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta itu akan dibayar pada Disember ini.