awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang kebun maut, kereta terbabas langgar pokok

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/09/2021
10:24 MYT
Tukang kebun maut, kereta terbabas langgar pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan. - Foto ihsan JBPM
GERIK: Seorang tukang kebun Kolej Vokasional Gerik maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah pokok di Kilometer 1, Jalan Baru Kuala Rui, dekat sini, hari ini.
Dalam kemalangan jam 8.01 pagi itu, mangsa, Khairulsalam Mat Zain, 53, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Sentra dalam perjalanan dari arah Bersia ke Gerik.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di bahu jalan sebelah kanan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#tukang kebun
#kereta terbabas
#langgar pokok
#Khairulsalam Mat Zain
#Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan