awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak ditemui meninggal dunia dalam restoran

Sinar Harian
Sinar Harian
11/08/2021
03:30 MYT
Tukang masak ditemui meninggal dunia dalam restoran
Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di bahagian dapur premisnya pada Selasa. -Foto Sinar Harian
SUNGAI BESAR: Seorang pengusaha restoran ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di bahagian dapur premisnya di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, lelaki berusia 40-an itu ditemui seorang pekerjanya dalam keadaan terbaring di atas tilam.
Menurut beliau, polis menerima maklumat kematian mangsa yang juga tukang masak restoran itu apabila dihubungi rakan kira-kira jam 4 petang.
"Siasatan awal polis menolak sebarang unsur jenayah dan lelaki itu meninggal dunia ketika sedang tidur," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Agus Salim berkata, mayat lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.
"Proses bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.
Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tukang masak
#dapur restoran
#bilik tidur
#Sabak Bernam
#COVID-19
#Hospital Tengku Ampuan Jemaah
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan