awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang potong rumput samun warga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2021
21:12 MYT
Tukang potong rumput samun warga emas
Suspek kemudian bertindak menarik rantai leher dipakai mangsa dianggar bernilai RM2,000 sebelum melarikan diri. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun cedera pada leher selepas rantai emas dipakainya direntap seorang lelaki dalam kejadian samun di kediamannya di Batu 9, Chemor di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa didatangi suspek berusia 29 tahun yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 ketika sedang memasak di dapur.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek kemudian bertanyakan sama ada mangsa mengenalinya atau tidak dan mangsa mengakui pernah melihat suspek beberapa bulan lepas kerana pernah datang ke rumah untuk potong rumput.
"Semasa bersembang, mangsa pergi ke dapur untuk melihat masakan dan secara tiba-tiba didatangi suspek dari arah belakang.
"Suspek kemudian bertindak menarik rantai leher dipakai mangsa dianggar bernilai RM2,000 sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Menurutnya, suspek berjaya ditangkap beberapa jam kemudian oleh orang awam sebelum ditahan polis.
"Polis merampas wang tunai berjumlah RM2,770, sebuah motosikal, topi keledar dan kunci motosikal terbabit.
"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dia dikehendaki polis bagi kes curi dan pecah rumah," katanya.
Yahaya berkata, suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Penyamun dikehendaki polis rupanya...
Topic Berkaitan
#samun
#warga emas
#cedera
#tukang potong rumput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan