awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang tilik warga India mengaku tidak bersalah tipu pegawai LHDN setengah juta Ringgit

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/12/2022
06:08 MYT
Tukang tilik warga India mengaku tidak bersalah tipu pegawai LHDN setengah juta Ringgit
N. Prakash, tukang tilik warga India didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas kesalahan menipu dan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian lebih RM500,000 pada Mac hingga Oktober lepas.
BUKIT MERTAJAM: Seorang tukang tilik warga India didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas kesalahan menipu dan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian lebih RM500,000 pada Mac hingga Oktober lepas.
Tertuduh, N. Prakash, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Harith Mohd Mazlan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu Penolong Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berusia 59 tahun itu dengan memperdayakannya untuk mempercayai dirinya boleh menilik nasib dan mengubati penyakit sehingga wanita tersebut menyerahkan wang berjumlah RM516,450.
Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Nombor 20, Lorong Perda Selatan 2, Bandar Perda, Bukit Mertajam di antara 23 Mac hingga 18 Oktober 2022 .
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nurul Nadia Jamal, manakala tertuduh diwakili peguam R. Kumarappan.
Mohd Harith membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua orang penjamin rakyat tempatan.
Selain itu, syarat tambahan juga dikenakan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap dua minggu iaitu pada setiap Isnin tidak lebih jam 11 pagi.
Mahkamah menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Tertuduh sebelum ini pernah diculik sekumpulan individu dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatannya yang didakwa menipu wang berjumlah lebih setengah juta itu.
Tertuduh yang disembunyikan di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah dengan kakinya diikat dengan rantai besi berjaya diselamatkan polis bulan lalu selepas keluarga lelaki berkenaan membuat laporan polis mengenai penculikan tersebut.
Difahamkan, suspek telah menghubungi keluarga tukang tilik berkenaan yang berada di negara asal untuk meminta wang tebusan sebanyak RM700,000.
Topic Berkaitan
#tukang tilik
#perdaya pegawai LHDN
#setengah juta ringgit
#warga india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan