MALAYSIA
Tukang urut wanita muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja layak dibicara
Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memaklumkan perkara itu semasa prosiding sebutan kes membabitkan Persana Avril Sollunda, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suhaila Haron. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut wanita yang berdepan pertuduhan memuat naik hantaran video dan gambar sijil nikah palsu membabitkan dirinya dengan seorang kerabat diraja layak dibicarakan di mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memaklumkan perkara itu semasa prosiding sebutan kes membabitkan Persana Avril Sollunda, 43, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suhaila Haron.
"Berdasarkan laporan perubatan psikiatri forensik, tertuduh layak untuk dibicarakan di mahkamah.
"Pihak kami akan mengemukakan enam saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes ini," katanya.
Peguam Jefvinder Singh, yang mewakili tertuduh, pula berkata pihaknya akan meneliti dokumen berkaitan kes itu termasuk laporan perubatan psikiatri sebelum mengemukakan representasi.
Suhaila kemudian menetapkan tarikh perbicaraan bermula 3 hingga 5 Dis ini selain sebutan kes pada 13 Okt.
Pada 22 Julai lepas, mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh.
Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat menyakiti hati orang lain pada 25 Feb lepas.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 26 Feb.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, Persana Avril boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
-- BERNAMA