PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak Loh Siew Hong kepada Islam, selepas memutuskan penukaran agama secara unilateral oleh bekas suaminya adalah menyalahi undang-undang.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata berhubung isu penukaran agama secara unilateral, mahkamah terikat dengan keputusan kes Indira Gandhi yang menetapkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa mesti diperoleh sebelum kanak-kanak di bawah umur ditukar agama.
"Oleh itu, kami membenarkan rayuan oleh pemohon (Loh) dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi," kata Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.
Hakim Hadhariah turut membenarkan beberapa pelepasan bagi ibu tunggal itu, antara lain yang mengisytiharkan tiga anaknya beragama Hindu.
Pada 11 Mei lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral oleh bekas suaminya, selepas memutuskan bahawa tiada bukti yang menunjukkan ketiga-tiga anaknya berhenti menganut agama Islam semasa berada di bawah jagaan ibu mereka.
Bernama
Wed Jan 10 2024
Hakim Hadhariah turut membenarkan beberapa pelepasan bagi ibu tunggal itu, antara lain yang mengisytiharkan tiga anaknya beragama Hindu. - Gambar Bernama
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tukar agama anak secara unilateral salah di sisi undang-undang, mahkamah benarkan rayuan Loh
Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak Loh Siew Hong kepada Islam.
Kembali status agama wanita: Keputusan rayuan MAIS, Kerajaan Selangor pada 28 Nov
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov ini untuk menyampaikan keputusannya berhubung rayuan MAIS.
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
Penukaran agama: Pakatan Rakyat belum ada kata setuju
Pakatan Rakyat belum memberi kata sepakat tentang keperluan persetujuan kedua ibu bapa untuk menukar agama anak kepada Islam.