awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar kaedah pelaksanaan punca kelewatan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah

Bernama
Bernama
22/03/2024
14:43 MYT
Tukar kaedah pelaksanaan punca kelewatan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah
Shahelmey berkata penamatan kaedah PDP menyebabkan model kewangan untuk membiayai projek berkenaan di Sabah turut ditamatkan seterusnya menyebabkan kelewatan. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Pertukaran kaedah pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah daripada Rakan Penyampai Projek (PDP) kepada cara konvensional pada 2019 merupakan punca utama kelewatan projek itu.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya dalam kenyataan berkata pertukaran tersebut susulan keputusan kerajaan Sabah ketika itu mengesyorkan kepada kerajaan Persekutuan untuk menamatkan kaedah PDP dan perjanjian berkaitan.
Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata penamatan kaedah PDP menyebabkan model kewangan untuk membiayai projek berkenaan di Sabah turut ditamatkan seterusnya menyebabkan kelewatan.
"Menerusi perjanjian PDP, model kewangan dijangka cukup melalui peruntukan pembangunan dan daripada terbitan sukuk. Setelah perjanjian PDP ditamatkan, sumber kewangan bagi pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah adalah hanya melalui peruntukan pembangunan yang sangat terhad.
"Ini menyebabkan hanya 15 pakej sahaja dapat dilaksanakan daripada 35 pakej keseluruhannya. Baki 20 pakej lagi ditangguhkan sehingga baru saja diluluskan semula pada tahun lepas," katanya.
Kenyataan itu susulan isu kemajuan Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang disifatkan perlahan berbanding di Sarawak dibangkitkan dalam sesi kamar khas Dewan Rakyat semalam oleh Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis.
Dalam sesi itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata masalah ketika proses pengambilan balik tanah dan implikasi pertukaran kaedah pelaksanaan projek antara faktor pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah lebih perlahan berbanding di Sarawak.
Shahelmey berkata kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan baki 20 pakej kerja tahun lepas dan dengan kelulusan itu, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menyiapkan semua keperluan bagi pelaksanaan semula semua pakej.
"Reka bentuk dan dokumen tender sudah tersedia dan proses Makmal Pengurusan Nilai juga sudah disiapkan pada akhir Oktober 2023 dan setakat 22 Mac 2024 sebanyak empat Pakej Kerja iaitu WP12,13,14 dan 16 sudah dibuat pelantikan kontraktor," katanya.
Beliau berkata kerja fizikal bagi empat pakej tersebut bermula 1 April ini, manakala baki 16 pakej dalam proses perolehan dan dijangka dimuktamadkan bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Pan Borneo Sabah
#kaedah PDP
#model kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan