MALAYSIA
Tukar pemandu dipercayai punca tragedi ragut nyawa tiga penuntut IKBN

Keadaan MPV Naza Citra yang terlibat nahas yang mengorbankan tiga penuntut IKBN Jitra di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan, Khamis. -Gambar fail/PDRM
ALOR SETAR: "Berhenti di lorong kecemasan untuk tukar pemandu."
Ringkasan AI
- Polis mendapati pemandu MPV Naza Citra berhenti di lorong kecemasan untuk menukar pemandu sebelum kemalangan berlaku yang mengorbankan tiga pelajar IKBN Jitra.
- Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan pemandu berusia 43 tahun mungkin dibebaskan dengan jaminan polis jika kertas siasatan lengkap.
- Tiga pelajar maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.
“Sekiranya kertas siasatan lengkap hari ini, pemandu lelaki berusia 43 tahun itu akan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, Astro AWANI melaporkan tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Alor Setar menuju ke selatan.
Dalam kejadian itu, tiga mangsa, Muhamad Habil Mohd Sobri yang menetap di Gurun, manakala rakannya, Muhammad Fahmi Jam dari Jeniang, Sik dan Muhamad Arif Aifan Derani dari Bukit Selambau, Sungai Petani meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Muhammad Adib Aiman Mohamad Hasan, 19, yang membonceng salah sebuah motosikal pula dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah cedera parah di kaki dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami