Sejumlah 122 fragmen tulang manusia prasejarah Gua Niah berusia lebih 4,000 tahun selamat tiba di bangunan MAS Cargo, Kuching pada kira-kira 7.30 pagi ini.
Ketibaan artifak bersejarah menggunakan pesawat Singapore Airlines dari Florida, Amerika Syarikat itu disambut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan pegawai Jabatan Muzium Sarawak.
Proses penghantaran pulang artifak itu diselia oleh pensyarah Universiti Florida, Profesor Dr John Krigbaum dan dibantu Ketua Unit Arkeologi Jabatan Muzium Sarawak Mohd Sherman Sauffi.
Untuk rekod, serpihan tulang berkenaan ditemui pada tahun 1950-an oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Kurator Muzium Sarawak pada ketika itu, Tom Harrison.
Bercakap kepada pemberita, Abdul Karim berkata kesemua 122 fragmen tulang berkenaan telah diekskavasi dari Gua Niah, Miri bermula penghujung 1950-an sehingga awal 1960-an.
"Ia kemudian dihantar ke Amerika Syarikat pada 1966, iaitu ke Universiti Nevada, Las Vegas sebelum berpindah ke Universiti Florida, di Gainesville pada 2017 untuk tujuan penyelidikan.
"Setelah lebih 50 tahun berada di luar negara untuk aktiviti penyelidikan, akhirnya (tulang) nenek moyang kita kembali ke Bumi Kenyalang," katanya,
Abdul Karim berkata serpihan tulang terbabit akan ditempatkan di Muzium Arkeologi Sarawak yang ketika ini sedang dalam proses naik taraf dan dijangka dibuka kepada orang awam pada hujung tahun ini.
"Apabila muzium itu dibuka kelak, orang ramai terutamanya rakyat Sarawak bolehlah menyaksikan artifak berkenaan yang saya percaya sungguh dekat di hati kita semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 07 2020
Datuk Abdul Karim Rahman melihat artifak bersejarah tulang manusia prasejarah Gua Niah lebih 40,000 tahun lalu yang tiba di bangunan MAS Cargo Kuching pagi ini menggunakan pesawat Singapore Airline dari Florida Amerika Syarikat. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO.
Tulang manusia prasejarah Gua Niah tiba di Kuching
Serpihan tulang berkenaan ditemui pada tahun 1950-an oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Kurator Muzium Sarawak ketika itu, Tom Harrison.