awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular aksi melarikan diri, polis Kelantan kesan 2 lelaki

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/01/2022
10:17 MYT
Tular aksi melarikan diri, polis Kelantan kesan 2 lelaki
Rakaman video seorang anggota polis trafik mengejar seorang lelaki menjadi tular sejak Selasa malam. - Gambar/ Media sosial
PASIR MAS: Polis Kelantan mengesan dua lelaki yang melarikan diri dalam satu pemeriksaan jalan raya di Kampung Gaung, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dikenal pasti.
"Dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari semalam, polis menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki. Ketika ditahan, kesemua individu berkenaan memberikan kerjasama.
"Bagaimanapun ketika polis mengarahkan pemandu kereta berkenaan mengalih kereta ke bahu jalan, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut keretanya.
"Seorang daripada dua rakannya yang berada di luar kereta berkenaan turut melarikan diri," katanya di sini, pada Rabu.
Mohd Nasaruddin mengulas rakaman video seorang anggota polis trafik mengejar seorang lelaki di kampung berkenaan yang menjadi tular sejak Selasa malam.
Katanya, suspek dapat melepaskan diri dengan masuk ke dalam kawasan semak.
Beliau berkata, seorang lagi rakannya yang berusia 37 tahun dapat ditahan polis dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methaphetamine.
Mohd Nasaruddin menjelaskan, salah seorang suspek yang melarikan diri itu mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan dadah.
Dalam pada itu, katanya polis mencari dua individu bagi membantu siasatan kes itu. Mereka adalah Mohamad Afiq Saiedi, 21, dan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Naim beralamat di Kampung Lelayang Puyu, Tanah Merah.
Topic Berkaitan
#tular lari daripada polis
#Polis Kelantan
#polis trafik
#Kampung Gaung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan