SUNGAI PETANI: Kilang pemprosesan ayam di Bedong di sini, yang terbabit dalam insiden membawa sekumpulan pekerja warga asing membuat pemeriksaan COVID-19 menaiki sebuh lori dalam keadaan berhimpit sudah diarah tutup pada Isnin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata arahan itu dikeluarkan selepas kilang berkenaan didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau dalam pada itu berkata, tindakan pengurusan kilang itu menghantar pekerja dengan menaiki lori ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda sangat tidak wajar.
"Kita jangan hanya fikir keuntungan, kalau kita rasa kita mahu membantu pekerja... bantu secara lebih berhemah... kalau nak hantar mereka ke hospital (contohnya) ambillah bas... kalau boleh sewa bas.
"Bukan ambil (guna) lori bawa orang macam lembu... untung dah banyak bertahun-tahun... tiba-tiba bila ada masalah ini buatkan pekerja kita macam lembu sahaja... janganlah macam itu," katanya.
Hamzah berkata demikian selepas melakukan operasi mengejut di dua buah kilang di kawasan Perindustrian Bakar Arang, dekat Sungai Petani, pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Pada Ahad, polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani.
Gambar kejadian itu yang dirakam pengguna jalan raya kemudian menjadi tular di media sosial.
Sementara itu, mengulas mengenai operasi mengejut itu, Hamzah berkata, dua kilang dikenakan kompaun RM10,000 setiap satu kerana menyalahgunakan kebenaran operasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Katanya, kedua-dua kilang itu mengemukakan permohonan kepada MITI untuk menjalankan operasi membuat pelitup muka, namun didapati menghasilkan beg dan pelampung mandi kanak-kanak.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 15 2021

Hamzah berkata, tindakan pengurusan kilang itu menghantar pekerja dengan menaiki lori ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda sangat tidak wajar. - Gambar/ Media sosial
Tumpuan Khamis - 28 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.

Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan selepas kilang berkenaan didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya
Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki bertindak membakar motosikal milik seorang pekerjanya.

KPDNHEP beri jaminan bekalan ayam mencukupi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan ayam daging mencukupi walaupun sebuah kilang pengeluar ayam utama negara diarah tutup baru-baru ini.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan Melaka dijangka turun dalam 3 hari
Ia boleh dicapai berikutan bilangan kluster yang masih aktif di Melaka mula menunjukkan penurunan.

604 pekerja positif COVID-19, kilang ayam di Melaka diarah tutup
Jangkitan itu dipercayai bermula daripada seorang pekerja yang bergejala sebelum menular kepada rakan lain termasuk warga tempatan.

Sampel ayam dari kilang pemprosesan di Pedas bebas COVID-19 - JPV
Keputusan ujian terhadap kesemua sampel 'ayam seekor' daripada kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan adalah negatif virus COVID-19, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).