[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Tular: Guru tadika didakwa cederakan murid guna pen, direman 6 hari

Sinar Harian 31/05/2025 | 07:00 MYT
Noor Ariffin berkata, wanita itu ditahan selepas laporan dibuat oleh bapa mangsa, yang mendapati anaknya mengalami kecederaan di kepala. - Gambar fail
GOMBAK: Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan reman selama enam hari bermula Sabtu hingga Khamis bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai dicederakan oleh gurunya menggunakan pen di sebuah tadika swasta di sini, Isnin lalu.


Ringkasan AI
  • Seorang guru wanita berusia 30 tahun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai dicederakan menggunakan pen di sebuah tadika swasta di Gombak.
  • Bapa mangsa membuat laporan polis selepas mendapati anaknya mengalami kecederaan di kepala, dan pemeriksaan di Hospital Selayang mengesahkan kecederaan tisu lembut.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang berkaitan dengan penganiayaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, wanita itu ditahan selepas laporan dibuat oleh bapa mangsa, yang mendapati anaknya mengalami kecederaan di kepala.

"Berdasarkan keterangan pengadu, kecederaan itu disebabkan tindakan guru yang mencederakan anaknya semasa berada di tadika," katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan guru itu ditahan sekitar jam 2 petang Jumaat oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, susulan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa.

Beliau berkata, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami kecederaan soft tissue injury di bahagian kepala.

Siasatan lanjut kini dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Sinar Harian


#kes tular #guru tadika #cederakan murid #polis