NATIONAL

Tular jual air balang: TMJ terima menghadap Gopi

Sinar Harian 08/03/2025 | 06:30 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap bekas pemain kebangsaan Mohammad Gopi Rizqi.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap bekas pemain kebangsaan Mohammad Gopi Rizqi, 36.

Gopi mencuri tumpuan sebelum ini kerana dia kini menjual air balang sempena Ramadan di Kampung Api-api, Pontian selepas mengalami tunggakan gaji sejak lapan bulan dengan sebuah pasukan di ibu negara.

Gopi yang berasal dari Kuantan, Pahang sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta'zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020).

Gambar pertemuan terbabit dimuat naik di Instagram, hrhcrownprinceofjohor dan Facebook Gopi.

Dalam pada itu menerusi ruang komen, ramai yang memuji Tunku Mahkota Ismail yang mengambil berat nasib bekas pemain.

#tunku mahkota ismail #bekas pemain kebangsaan #Mohammad Gopi Rizqi #menjual air balang