KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tersasul apabila menyebut 'Palestin Pengecut, Palestin Hancur' ketika berucap dalam Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada Sabtu.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal memberitahu, kesilapan itu segera disedari oleh Menteri Besar dan ia diperbetulkan serta mengakui kesilapan tersebut.
"Selaku penyelaras sekretariat himpunan itu, saya terpanggil mengulas isu yang sengaja ditularkan di media sosial ketika ini susulan kesilapan tutur kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap dalam himpunan tersebut.
"Saya berada di tempat kejadian dan Menteri Besar berucap dengan penuh semangat dan ketika itu berlaku kesilapan, saya segera maklumkan dan beliau segera perbetulkan, mengaku tersasul dan meminta tidak dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tegas beliau, Menteri Besar langsung tidak berhasrat untuk menyokong Israel.
"Takkan lah MB nak sokong Israel..kita tahu itu khilaf..kenapa masih nak tularkan kesilapan tersebut..apa niat di sebalik semua itu.
"Sebenarnya banyak lagi benda boleh hebahkan kepada umum berhubung himpunan tersebut, antaranya Pahang adalah negeri pertama anjurkan himpunan besar-besaran menyokong Palestin, sumbangan RM100,000 untuk Tabung Pahang For Palestin," katanya.
Tambahnya, Menteri Besar juga dengan nada tegas dan berani mengecam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman Israel.
"Ini yang patut kita tularkan, kenapa nak tularkan isu tutur kata sedangkan beliau (Wan Rosdy) mengaku dengan jelas tersasul.
"Pada saya janganlah kita semata-mata nak kejar populariti, nak tingkatkan view dan like sanggup sebarkan berita-berita yang boleh menjejaskan keharmonian dalam masyarakat...sebarkan berita yang tepat dan bagus," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 29 2023
Wan Rosdy segera mengakui kesilapan dan memperbetulkannya. - Gambar/ Sinar Harian
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.
Jejambat persimpangan Bukit Setongkol-Kemunting dibuka esok
Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan (FT421), akan dibuka kepada pengguna jalan raya bermula 8 pagi esok.
Pemilik kafe Tanah Aina boleh kemuka rayuan - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang tidak pernah menghalang warganegara Malaysia terutama rakyat Pahang untuk mengemukakan rayuan, kata Menteri Besar.
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.
Ramadan: Waktu bekerja penjawat awam Pahang sehingga 12.30 tengah hari setiap Jumaat
Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.