awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular pandu kereta: Bapa, anak 12 tahun didakwa di mahkamah esok

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2024
11:40 MYT
Tular pandu kereta: Bapa, anak 12 tahun didakwa di mahkamah esok
Tangkap layar video tular kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan perumahan.
SEPANG: Bapa dan anak lelakinya berusia 12 tahun yang tular memandu kereta di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong di sini, akan didakwa di Mahkamah Sepang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah mendapat arahan untuk pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan dilengkapkan.
"Bapa kanak-kanak itu akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kanak-kanak itu pula didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sabtu lalu, polis memaklumkan pihaknya telah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk dilaksanakan pertuduhan.
Rabu lepas, Sinar Harian melaporkan siasatan kes juga dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Berikutan itu, polis telah merekod keterangan tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak berusia 53 tahun yang juga seorang peniaga.
Sinar Harian sebelum itu melaporkan satu rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.
Siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, 28 Julai lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#kes mahkamah
#bapa didakwa
#budak pandu kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan