[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Tular rakaman CCTV kejadian samun di Alam Megah

Fareez Azman 24/07/2019 | 06:15 MYT
Aksi tiga penjenayah yang merompak kediaman sebuah keluarga Alam Megah,Shah Alam.
Satu rakaman video daripada Kamera Litar Tertutup (CCTV) tular menunjukkan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menyamun sebuah rumah dipercayai di Alam Megah,Shah Alam Selasa malam.
Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @fvkhrie pada pukul 11.41 pagi rabu itu mendapat tontonan lebih 70,000 netizen.
Dalam rakaman video berdurasi 2.20 minit itu menunjukkan tiga lelaki memasuki rumah itu ketika kesemua mangsa sedang berehat di ruang tamu dan di meja makan.
Ketiga-tiga suspek itu turut mengarahkan kesemua mangsa untuk masuk ke dalam sebuah bilik.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa berkenaan kejadian samun itu.
#Alam Megah #Astro Awani #jenayah #keluarga #laman sosial #mangsa #parang #perompak #samun #senjata #shah alam #suspek #Tular #Twitter