awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2022
21:59 MYT
Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah
Rakaman video tular memaparkan seekor harimau berkeliaran yang tersebar di media sosial pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Tular rakaman video dan klip audio kehadiran harimau belang yang dikatakan berlaku di Bukit Wang, Kubang Pasu, di sini, dalam media sosial pada Sabtu.
Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan 'pak belang' itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.
Rakaman haiwan pemangsa itu tersebar bersama satu klip audio seorang lelaki dengan loghat tempatan.
Dalam klip audio tersebut, lelaki itu menyebut 'Ha tu pak belang tu, Jalan Bukit Wang nak pi Changlun dalam kebun jati'.
Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah ketika dihubungi Sinar Harian menafikan video tular penemuan seekor harimau berkeliaran di kawasan Bukit Wang, di sini.
Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memberitahu, kejadian berkenaan tidak berlaku di negeri ini, sebaliknya berlaku di luar negara.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau
#Bukit Wang
#pak belang
#kebun jati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan