KAMPAR: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikatakan menghalang laluan sebuah ambulan, seperti tular di media sosial, menghadapi masalah pendengaran sejak tiga tahun lalu.
Lelaki warga emas berusia 62 tahun itu menghadapi masalah ‘Tinnitus - Acoustic Neuroma’ dan masih mendapatkan rawatan lanjut pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di Kilometer 292 Lebuhraya Utara - Selatan, arah utara dan pihaknya telah mengesan pemandu kenderaan tersebut.
Menurutnya, kira-kira jam 5 petang tadi, pihaknya melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengarahkan pemandu dan pemilik kenderaan itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
“PDRM Daerah Kampar melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pemandu tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, pihak polis telah mengesan sebuah video tular di media sosial, sebuah kenderaan SUV menghalang laluan sebuah ambulan di daerah Kampar.
Mohamad Nazri berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan trafik bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengguna jalan raya yang prihatin dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk membantu dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 15 2022

Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikatakan menghalang laluan sebuah ambulan, seperti tular di media sosial, menghadapi masalah pendengaran sejak tiga tahun lalu. - Foto media sosial

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

KPWKM komited perkukuh kerangka undang-undang berkaitan warga emas
Usaha itu sebagai mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh semua golongan masyarakat.

Kawasan pencarian warga emas hilang diperluas
Operasi SAR hari ini bermula pada jam 9 pagi dengan pencarian diperluas kepada radius 4 kilometer.

Warga emas didakwa 17 pertuduhan rogol, amang seksual dua beradik
Tertuduh yang juga guru mengaji dua kanak-kanak itu, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Warga emas maut, seorang cedera kereta rempuh treler
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang
Setakat ini mangsa belum ditemui dan difahamkan penduduk kampung turut sama membantu mencari mangsa yang hilang.

Warga emas retak tulang belakang disondol lembu korban
Seorang lelaki warga emas retak tulang belakang selepas diserang seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, pada Jumaat.

Warga emas diami bangunan terbiar penuh sampah diselamatkan
Warga emas berusia 63 tahun itu dipercayai mendiami bangunan dipenuhi sampah sarap itu sejak lebih dua tahun lalu.

Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin
Tidak tahan kucing betina milik jiran masuk rumah, warga emas dan anaknya membunuh haiwan itu.