Tular video 'Datuk' pukul pekerja parkir hotel

Sinar Harian
Oktober 11, 2018 04:31 MYT
Video seorang lelaki bergelar 'Datuk' memukul pekerja di sebuah pejabat tempat letak kenderaan tular di media sosial. -Sinar Harian
Video seorang lelaki bergelar 'Datuk' memukul pekerja di sebuah pejabat tempat letak kenderaan tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 1.18 minit itu, kejadian itu dikatakan berlaku di pejabat tempat letak kenderaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, 18 September lalu.
Menerusi video itu, 'Datuk' yang memegang tiket parkirnya kelihatan tidak berpuas hati ketika pekerja terbabit membuka tingkap pejabat.
Dia kemudiannya memasuki pejabat tersebut dan menolak kerusi pekerja berkenaan sebelumnya memukulnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca kepada tindakan berkenaan kerana video itu tidak mempunyai audio.
Pengguna laman sosial Facebook berkata, lelaki yang memukul itu dikatakan merupakan seorang pengarah sebuah syarikat tempatan.
#datuk pukul pekerja #parkir #pengarah sebuah syarikat tempatan #tempat letak kenderaan #tiket parkir #tingkap pejabat