awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video lelaki pukul anjing di Mentakab

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2025
09:35 MYT
Tular video lelaki pukul anjing di Mentakab
Dua klip video dimuat naik oleh seorang pengguna menggunakan profil 'Mizta Mac' pada Ahad lalu, yang dirakam melalui tingkap rumah.
TEMERLOH: Tular di laman sosial Facebook memaparkan aksi seorang individu yang dilihat memukul anjing di sebuah taman berhampiran Mentakab di sini.
Dua klip video dimuat naik oleh seorang pengguna menggunakan profil 'Mizta Mac' pada Ahad lalu, yang dirakam melalui tingkap rumah. Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit mendakwa lebih 15 ekor anjing jalanan telah dibunuh.
Perkongsian itu mengundang kemarahan netizen yang menggesa tindakan kejam tersebut segera dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Beberapa pengguna Facebook juga mempertikaikan mengapa tindakan itu tidak dihalang ketika kejadian berlaku. Namun, pengguna yang memuat naik video tersebut mendakwa ada individu yang cuba menegur pelaku, namun teguran itu diabaikan dan dimarahi.
Selain itu, perkongsian itu turut memaparkan beberapa tangkap layar perbualan yang dipercayai melibatkan penduduk taman terbabit dengan ada individu yang mengaku membunuh haiwan tersebut.
Individu yang memuat naik klip video tersebut kemudiannya memberitahu akan membuat laporan polis mengenai insiden terbabit. Beberapa individu lain turut menyatakan telah membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengenai kejadian itu.
Difahamkan, insiden itu berlaku setelah salah seorang penduduk diserang dan digigit oleh seekor anjing.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya setakat ini telah menerima laporan polis mengenai insiden penduduk diserang dan digigit anjing.
Namun, beliau menegaskan pihak polis belum menerima laporan mengenai klip video tular tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#pukul anjing
#mentakap
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan