awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular warga asing marah polis video lama

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2023
01:45 MYT
Tular warga asing marah polis video lama
Tangkap layar kejadian dipercayai seorang lelaki warga Myanmar bertindak memarahi anggota polis.
ISKANDAR PUTERI: Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai warganegara Myanmar memarahi polis di sebuah kedai runcit di Skudai merupakan video lama.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku tahun lalu di Taman Tan Sri Yaacob.
"Kejadian itu dikesan berlaku pada 2022 di kedai runcit berkenaan, tetapi video itu tular sejak Ahad lalu.
"Suspek merupakan pelanggan kedai runcit tersebut dan sering datang ke premis itu dalam keadaan mabuk serta membuat bising.
"Pemilik kedai runcit sudah mengesahkan bahawa lelaki itu sudah lama tidak datang ke premis berkenaan kerana sudah berpindah," katanya menerusi kenyataan media.
Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini.
Dalam pada itu, Rahmat berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya menularkan sesuatu perkara yang tidak pasti serta membuat sebarang andaian.
Sebelum itu, tular di media sosial seorang lelaki dipercayai warga Myanmar memarahi polis di sebuah kedai runcit.
Tindakan lelaki itu mendapat kecaman pengguna media sosial kerana beranggapan warga asing di negara ini sudah berani memarahi pihak polis dan tidak menghormati pihak berkuasa di negara ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#warga asing
#mabuk
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan