awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis nafi rompakan masjid di Kuala Kedah
Xiaomi keluarkan lebih 400,000 kereta elektrik sepanjang 2025
Lelaki ditahan simpan buaya tembaga bernilai ratusan ribu dalam but kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tulis nama sebenar, bukan Badang, Superman atau Batman sebelum masuk premis

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/05/2020
07:23 MYT
Tulis nama sebenar, bukan Badang, Superman atau Batman sebelum masuk premis
Ismail Sabri mendedahkan ada pengunjung premis menulis nama badang, superman dan batman ketika mengisi maklumat sebelum memasuki premis. - Gambar BERNAMA
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan terdapat pengunjung premis tidak menulis nama dan nombor telefon sebenar sebelum memasuki sesebuah premis.
Menurutnya, mereka menulis pelbagai nama bahkan ada yang meletakkan nama Badang, Superman dan Batman.
Tegas Ismail Sabri, tindakan itu bakal mendatangkan kesukaran kepada pemilik premis untuk menghubungi pelanggan sekiranya kes positif COVID-19 dikesan di premis tersebut.
“Kita dah putuskan bahawa hanya perlu nama dan nombor telefon kerana tujuan jika berlaku apa-apa, katakan ada positif COVID-19, kita boleh hubungi mereka yang meninggalkan nombor telefon dan yang datang ke premis tersebut.
“Tapi saya difahamkan ramai orang tak beri nama yang betul, tak beri nombor telefon betul. Dia tulis sendiri, ada tulis nama dia badang, superman, batman, macam-macam. Jadi kalau jadi apa-apa, tak boleh nak hubungi dia.
“Sebab itu ada sesetengah premis mungkin meminta nama kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui. Jadi saya harap pengunjung premis perniagaan tulis nama dan nombor telefon sebenar,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menzahirkan perasaan lega dengan jawapan 74 peratus daripada 215,712 responden dalam kajian dilakukan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.
Jelasnya, terdapat tiga soalan ditanya kepada responden dan kebanyakannya menegaskan mereka hanya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di dalam rumah masing-masing dan tidak membenarkan orang luar beraya bersama.
“Kalau inilah trendnya, maka saya tak rasa bimbang sangat lah kerana 74 peratus tak mahu buka kepada orang luar, hanya keluarga di dalam rumah sahaja. Itulah harapan dari kerajaan walaupun kita beri kebenaran 20 orang pada hari raya pertama tersebut.
“Tapi kalau 74 peratus responden daripada responden ini menyatakan mereka tak benarkan orang lain datang beraya kecuali keluarga dalam rumah mereka sahaja, kalau semua buat macam ini, tak timbul kebimbangan kita takut akan merebaknya jangkitan COVID-19 dan akan berlaku pertambahan kes positif sempena Hari Raya nanti,” katanya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#COVID-19
#hari raya
#ismail sabri yaakob
#keluarga
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan