[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Tumpahan minyak: Kesan pencemaran di perairan Tanjung Langsat berjaya dikawal – JAS

Astro Awani 04/04/2025 | 08:12 MYT
Kesan pencemaran di laut dalam kawasan perairan Malaysia susulan tumpahan minyak di Tanjung Langsat Port Terminal (TLPT), Johor, telah berjaya dikawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), kata Wan Latiff. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesan pencemaran di laut dalam kawasan perairan Malaysia susulan tumpahan minyak di Tanjung Langsat Port Terminal (TLPT), Johor, telah berjaya dikawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Latiff Wan Jaafar.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, pihak TLPT telah diarahkan untuk melaporkan status tindakan kawalan serta pembersihan minyak dari masa ke semasa sehingga operasi dapat dihentikan.
Wan Latiff berkata, pihak Marine Port Authority (MPA) Singapura juga telah dimaklumkan, dan sehingga kini kawasan pantai Changi dan Terminal Feri Changi dilaporkan telah tercemar dengan minyak.
Kesan pencemaran di laut dalam kawasan perairan Malaysia susulan tumpahan minyak di Tanjung Langsat Port Terminal (TLPT), Johor, telah berjaya dikawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Latiff Wan Jaafar.
“Pada 3 April 2025, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima aduan mengenai tumpahan minyak di TLPT yang disebabkan oleh kebocoran paip yang menyalurkan minyak Very Low Sulfur Fuel Oil (VLSFO) dari tangki terminal ke kapal MT EPITOME di Jeti Tanjung Langsat Port (TLP).
“Dianggarkan sebanyak1.6 m³ minyak telah tertumpah ke laut,” menurutnya lagi.
Sebaik laporan diterima, Wan Latiff berkata, pasukan siasatan JAS telah menjalankan pemeriksaan dan sampel di lokasi kejadian telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis.
Beliau berkata, operasi pemunggahan dihentikan serta-merta dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) TLPT telah diaktifkan, dan dua unit oil boom telah dipasang menggunakan beberapa bot.
Selain itu, pemantauan melalui udara dengan menggunakan drone telah dibuat oleh Pasukan ERT dan berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan, tiada lagi tompokan minyak yang kelihatan di permukaan air
Dalam pada itu Wan Latiff berkata, orang ramai diminta bekerjasama untuk melaporkan sebarang kejadian pencemaran minyak kepada JAS di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
“Menurut Seksyen 27, Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) Pindaan 2024, di mana mereka yang disabitkan kesalahan menyebabkan pencemaran minyak boleh dikenakan denda minimum 150,000.00 (seratus lima puluh ribu ringgit) sehingga maksimum RM10,000.000 (sepuluh juta ringgit) atau penjara selama tempoh sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.
#Tanjung Langsat Port Terminal #Wan Latiff Wan Jaafar #Marine Port Authority MPA Singapura #tumpahan minyak