awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2024
05:27 MYT
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Keadaan lori muatan sawit yang terbakar di Kilometer 275.1 Lebuhraya Utara Selatan dari Bandar Ainsdale ke Nilai. Gambar kecil Jamaliah Jamaluddin
SHAH ALAM: Kemalangan membabitkan lori muatan sawit yang terbakar di Kilometer 275.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Bandar Ainsdale ke Nilai hampir menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor.
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor yang membekalkan air mentah ke loji rawatan air (LRA) Sungai Labu, LRA Salak Tinggi dan LRA Labohan Dagang.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) segera berkomunikasi dengan PLUS Berhad untuk mengambil tindakan kawalan tumpahan dan pembersihan dapat dilaksanakan serta merta.
"Kejadian mengakibatkan tumpahan minyak ke kawasan persekitaran termasuk memasuki Sungai Lamiar.
"Bagaimanapun ia berjaya dikawal dan dibersihkan sepenuhnya oleh Agensi Badan Kawal Selia Air (BKSA) di negeri berkenaan.
"Sementara di kawasan insiden kemalangan, pihak PLUS berjaya mengawal tumpahan minyak tersebut dengan langkah pencegahan awal meletakkan serbuk kayu bagi menyerap sisa minyak di atas jalan dan membina sekatan di dalam longkang terlibat bagi menyekat aliran tumpahan minyak, " katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Ujanya, LUAS membuat pemerhatian lanjut bagi memastikan keseluruhan lokasi terlibat dan kawasan sekitarnya bebas daripada potensi dan risiko pencemaran sumber air.
"Secara keseluruhan tiada gangguan kepada operasi LRA dilaporkan.
"Kerajaan Selangor dan LUAS merakamkan penghargaan kepada PLUS Berhad, BKSA dan semua pihak terlibat kerana berjaya mengawal risiko insiden tersebut daripada menyebabkan pencemaran kepada sumber air," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PLUS
#lori muatan sawit terbakar
#Bandar Ainsdale ke Nilai
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan