awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpu kawasan berbukit, taktik terbaharu penyeludup daun ketum - PGA

Bernama
Bernama
08/11/2021
06:11 MYT
Tumpu kawasan berbukit, taktik terbaharu penyeludup daun ketum - PGA
Penyeludup beranggapan PGA hanya memberi penekanan penugasan di sekitar pagar sempadan di kawasan rata, dan hal itu tidak benar. - Gambar hiasan
PADANG BESAR: Penyeludup daun ketum kini dikesan menukar modus operandi mereka dengan menumpukan kawasan berbukit bagi menyeludup tumbuhan itu ke negara jiran kerana menganggap kawasan tinggi sukar dihidu pihak berkuasa.
Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Azhar Hashim berkata, penyeludup beranggapan PGA hanya memberi penekanan penugasan di sekitar pagar sempadan di kawasan rata dan hal itu tidak benar kerana anggota serta pegawai keselamatan melakukan rondaan serta pemeriksaan sepanjang masa di setiap kawasan.
"Bentuk muka bumi fizikal yang berbukit, hutan tebal serta tinggi itu membuatkan mereka (penyeludup) beralih arah ke sini (Wang Kelian). Mereka (penyeludup) beranggapan kawasan yang mereka buat aktiviti itu tidak dipantau oleh PGA.
"Mereka salah kerana kita tetap gerakkan anggota untuk pantau di seluruh kawasan sempadan negara kerana penyeludupan daun ketum ini salah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata permintaan daun ketum yang tinggi di negara jiran selain aktiviti ekonomi yang semakin pulih juga menyebabkan penyeludup kembali aktif menjalankan kegiatan haram itu terutamanya di kawasan Wang Kelian.
Dalam pada itu, Azhar berkata sepanjang penugasan PGA sejak 24 Oktober lepas, pihaknya merampas lebih 2.9 tan (2,934 kilogram) daun ketum menerusi lapan kes yang tiga daripadanya berlaku di Wang Kelian, sebuah kereta dan menahan dua lelaki pendatang tanpa izin warga Myanmmar.
Menurut beliau, PGA menemukan daun-daun ketum itu yang disembunyikan di kawasan kebun getah dan dilitupi dengan kanvas bagi mengelirukan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daun ketum
#PGA
#Wang Kelian
#penyeludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan